Alahai aku jadi kesian dengan rakan rakan aku dari Terengganu. Ramai kawan ………. dan mereka melihat sendiri bagaimana saudara mara mereka hidup dengan susahnya di kampung kampung mereka. Apa yang mampu mereka lakukan? Sehingga hari ini tak banyak yang mereka mampu lakukan. Betul, kawan kawan aku itu ada yang bertopikan biru tua dan juga bertopikan warna warna merah, hijau dan biru muda yang mewarnai PRU12 di Terengganu dengan harapan apa yang dipilih mereka mampu untuk memakmurkan rakyat bawah naung negeri mereka.
Tapi sayang, apa yang diimpikan tak menjadi kenyataan. Duit masih ditangan Pak Lah tido. Ahmad Said lopong aje tak mampu nak buat apa. Jadi pengemis pada tuannya sendiri. Kesian. MB Terengganu ini nak jadi juara minta duit dari kerajaan pusat untuk memakmurkan negeri tapi masih berputih mata. Duit tak tahu entahkan dapat entahkan tidak.
Apakah Ahmad Said MB Terengganu ini akan dapat duit itu. Dengan sedikit dendam yang ada pada Pak Lah akibat dimalukan oleh Ahmad Said ketika episod pemilihan MB Terengganu kelmarin, aku tak rasa Pak Lah akan berikan duit itu. Biar dia rasakan. Apa …………… korang ingat anak ulamak tak akan buat begitu ke. Ingat lagu Raihan “IMAN TAK DAPAT DIWARISI”. Kalu betul Iman Pak Lah tinggi ada banyak perkara pendokong Pakatan Rakyat percaya Pak Lah boleh lakukan. Tapi tidak……. Lihat isteri lihat anak anaknya. Tak mencerminkan langsung Pak Lah orang kuat iman. Jadi tak heran kalau dendam masih ada tersimpan dihati Pak Lah.
Kesian Ahmad Said, dia macam pembangkang dalam UMNO. Apa yang akan dibuat dipandang sipi ajer oleh Pak Lah and the gang. Idris Jusoh masih mampu tersenyum lebar. Rasakan ko Mat Said, itu kata hati Idris Jusoh. Kalau aku tak dapat bahagian aku, jangan mimpi ko akan dapat bahagian ko. Kata hati Idris Jusoh … aku dapat rasakan.
Mana projek yang Pak Lah kata manfaatkan rakyat Terengganu. Masjid Kristal itu beri manfaatkah kepada rakyat Terengganu? Piala Monsson tu beri manfaat ke pada rakyat di Hulu Terengganu? Jangan cerita Kertih itu dari duit royalti kerana sebahagian besar belanja Kertih itu sendiri adalah biayaan Petronas. Jadi dimanakah projek projek yang memberi manfaat kepada rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu tolong beritahu kami. Kerana aku taknampak apa yang orang Terengganu dapat. Kalau jawapannya hanya kerana dah ada Giant di Kuala Terengganu, alahai sedihnya aku dengan penilaian kemajuan yang diukur oleh rakyat Terengganu. Aku terus sedih tengok kawan kawan aku sedih saudara mara dia masih hidup susah.
Apa kata, alang alang dah Pak Lah anggap Ahmad Said macam pembangkang, elok sahaja Ahmad Said bubarkan DUN dan biarkan Pakatan Rakyat berkuasa. Dengan kenalan yang hebat dari Timur Tengah oleh Anwar Ibrahim, dengan ketokohan MB Perak Ahmad Nizar dan Tuan Guru Ustaz Hadi, aku yakin pelabur Arab bersedia melabur di Terengganu membina peluang kepada semua kaum dam memakmurkan ekonomi dan taraf hidup orang Terengganu.
Apa lagi rakyat Terengganu, kamu tuntut supaya DUN dibubarkan, kamu sokong Pakatan Rakyat yang lebih perihatin dengan kamu, kamu tinggalkan Patrick Badawi dan KJ yang memulas kehidupan kamu. Kamu beri ajar kepada pemerintah yang bongkak dan sombang seperti Pak Lah dan keluarganya.
AHMAD SAID, BUBARKANLAH DUN PADA JUN INI
Filed under: Uncategorized | Tagged: Ahmad Said, DUN, Idris Jusoh, KJ, Masjid Kristal, MB Terengganu, Pak Lah, Pakatan Rakyat, Patrick Badawi, Piala Monsoon