Babi ….. Apa kelebihan Pertanian Moden ini

Apa la yang hendak dikecohkan sangat dengan penternakan babi yang di laporkan akan di bina berdekatan dengan Kg Tumbok di Kuala Langat. Sedang kawasan tersebut memang merupakan kawasan penternakan asal, tidak ada sebab untuk dihebohkan sangat.

Seharusnya penduduk kampung menyokong tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memajukan penternakan secara moden tersebut kerana tindakan itu mampu menangani masalah pencemaran yang menjadi igauan penduduk kampung setempat sejak berdekad lama dulu. Seorang penduduk kampung, di dalam berita TV3 dengan bangga menyatakan bahawa beliau telah melawat pusat ternakan moden babi di Jerman yang jaraknya sejauh 2 jam perjalanan.

Yang menjadi tanda tanya projek yang hendak dijalankan itu di Kg Tumbuk Kuala Langat tapi yang menyibuk orang Kg Bagan Lalang di Daerah Sepang yang berjarak 1/2 jam perjalanan. Never mind the distance, never mind dengan apa orang kampung tu kata, soalannya adakah mereka masih sanggup dengan penternakan babi secara biasa yang mengeluarkan bau busuk lebih lebih lagi selepas hujan.

Apabila bercakap berteras pada dokongan politik, memang nampak semua salah. Jika bercakap berteras fikiran terbuka semua keraguan boleh di hilangkan.

Seperkara lagi yang baik tentang penternakan moden ini adalah kebolehan mengurangkan pelepasan gas methane dari reaksi semula jadi gas gas yang terkumpul dari najis babi dan sekali gus akan mengurangkan kesan kesan pemanasan global. Methane diketahui 21 kali ganda lebih berbahaya dari Karbon dioksida.

Negara membangun seperti China menggunakan konsep penternakan moden sebagai satu inisiatif atau komitmen mereka kepada perjanjian Kyoto (yang di panggil Clean Development Mechanism (CDM)) untuk mengurangkan pelepasan gas Methane.

Oleh demikian penternakan moden ini yag mampu memerangkap gas methane dan digunakan sebagai bahan bakar untuk menjana kuasa elektrik bagi tujuan operasi kilang dan ini seharusnya dialu alukan. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan pergantungan kepada grid nasional dan dapat mengurangkan pelepasan bahan cemar karbon dioksida dari Coal Power Plant.

Satu projek, 2 Gas Rumah Hijau dapat dikurangkan, satu kaedah mesra alam dapat dibangunkan.

Oleh itu saya berpendapat, Tn Haji Yaakob Sapari dan Elizabeth Wong seharusnya dapat menerangkan kepentingan projek ini kepada penduduk setempat dan juga bawa kepada pengatahuan umum rakyat Malaysia semoga is boleh menjadi satu model pertanian moden yang bukan sahaja mesra alam tetapi dapat mengurangkan kesan kesan pemanasan global.

Cuma yang saya khuatirkan jika skala pertanian ini adalah besar, Disaster yang bakal menimpa juga bermagnitud besar, lebih lebih lagi kita yang kononnya suka untuk membuat cost saving bila menjalankan operasi sesuatu fasiliti itu.

Harapan saya, kita mesti melakukan sesuatu itu dengan mengikut keperluan yang ditetapkan melalui spesifikasi dan juga timely maintenance.

5 Responses

  1. [...] *Terkini*: Saya lebih selesa dengan pendekatan matang yang diambil oleh sdr. norrazi di sini. [...]

  2. aku rase ko buat blog ni sbb ideologi politik…kalau BN yang buat, tak kisah moden camne pun, ko tetap akan condemn…orang2 macam ko ni (bloggers yang bias) mana pernah jujur

  3. aku rase sape blogger yg wat ni xbetol…knape mesti babi???mcm dh xde binatang lain kt dunia ny….lembu ke…kn boleh….

  4. btul tue dah xder benda lain ke nk bela…

  5. sape y fikirkan kebaikan bersama pasti akan skong artikel di atas,…lihat dengan akal y waras dipandu dgn hati yang bersih.tak ada faedah kalau asyik nak menegakkan benang yang basah

Leave a Reply